Monday, April 25, 2016

it is one of those days bila dengaq lagu, ayaq mata berteraboq.
tengok ceghita, beremosional lebih-lebihan
rindu yang tak dapat nak ditolong
sakit hati yang tak dapat nak dikongsi
dok keluh kesah sorang-sorang
nak bercakap dengan sapa?
kawan-kawan hat yang ada semua hebat-hebat
bila berceghita, rasa macam kechik je kita ni
nak bersembang dengan adik beradik
depa pun dah tak lalu nak dengaq kot
cheq  mengadu jugak dengan Dia
cheq tau Dia dengaq
tapi kadang-kadang cheq nak berinteraksi jugak
dengan depa yang ada depan mata
tapi kalau ada depan mata pun
tak jamin cheq boleh bukak mulut nak berceghita jugak.

No comments: