Wednesday, July 22, 2015

lama sudah tak menjengah. lama jugak tidak diceritakan kisah hidup di sini. zaman IG, twitter makin merancak. hilang sudah daya untuk menyusun kata yang panjang. sekadar 140 ketukan papan kekunci untuk meluahkan yang terbuku.
separuh 2015 sudah berlalu dengan iringan dugaan demi dugaan. 
anak-anak yang dahulunya kecil, mendengar kata dan boleh diatur, kini sudah dewasa dan berada di dalam dunia mereka yang tersendiri, jauh dari dunia wanita tua ini.
pelbagai drama suka, duka, romantis dibintangi pelakon amatur dan professional mewarnai kehidupan. ada yang memberi impak yang terkesan sehingga ke hari ini. ada juga yang boleh dipandang sebelah mata. drama murahan gred D yang  memeningkan kepala hanya mampu ditepis dengan sebelah tangan. 
memikirkan hati dan perasaan orang lain, bila diri sendiri bagai dipijak-pijak. 
go with the flow Amal, go with the flow.