Monday, March 30, 2015

me favorite - Notting Hill
i MISS YOU MOHD AZMEY AB WAHAB!!!
...so much :(

Friday, March 27, 2015

itu cerita lamalah Amal. cerita sepuluh tahun yang lalu. cerita basi, lapok, 
aku bukan bercerita untuk semua, bukan jugak pada semua. 
aku bercerita pada diri aku sendiri, untuk aku. 
aku yang mendengar, aku yang membaca, aku yang merasa. 
aku tidak mengharap pada sesiapa untuk memahami aku. 
aku memahami diri aku sendiri. 
sakit perit, aku tanggung sendiri. 
namun aku berkongsi gelak tawa ku
di sebalik topeng, di balik tembok yang aku sendiri bina. 
hati aku tidak sesuci yang aku harapkan. 
hati aku tidak pernah sunyi dari cemburu. 
jiwa aku kerap membentak kehijauan.

mak pernah berpesan, jagalah diri, bataskan pergaulan. aku sudah bukan seperti dahulu. 
jangan hingga aku dikutuk dan dicaci atas sebab takdir yang telah ditentukan. 
aku redha Mak. 
telah tertulis, takdir hidup yang harus aku tempuhi. 
telah tertulis bahawa aku diberi peluang kedua untuk berbakti pada mu Mak.
aku redha Mak.
emosi yang bercelaru menjengukkan aku di sini, bercerita tentang aku..dan kau.
kerinduan aku pada kita tidak tertanggung rasanya. 
dada aku dihimpit seribu kenangan pahit dan manis. 
masih jelas di fikiran hari terakhir kita di penghujung petang Januari.
aku rindukan kau, rindukan kita, rindukan kami.