Monday, August 16, 2010


sometimes that is all you need to hear.

Sunday, August 15, 2010

Tuesday, August 10, 2010

DSC00663

me prize for this year's Family Day
got myself a LCD tv last year
the year before a fridge
and the year before before a CD/VCD/FM radio
this year depa kata enough with the electrical items
time to get physical!!
alhamdulillah.

Thursday, August 5, 2010

Utusan Malaysia Online - Kota

Naperlah kita dulu pun tak piket macam nie???
548 tuntut gaji 2 bulan, majikan arah cuti

AMPANG 4 Ogos - Hanya beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan.
Ini bermakna persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri terutamanya dari aspek perbelanjaan menjadi keutamaan semua pihak.
Namun berita sedih buat 548 pekerja Paycomm Network Sdn. Bhd. (i once blogged bout dearest ex-boss)apabila mereka diminta oleh majikan untuk mengambil cuti selama enam bulan tanpa gaji.(sound familiar, friends?)
"Berita tersebut kami terima menerusi e-mel yang dikirimkan kepada kami.(hmm...we got our news face-to-face 2 hari sebelum the date kot)
"Ia jelas menunjukkan majikan meminta kami ambil cuti tanpa gaji yang sepatutnya berkuat kuasa pada bulan ini.
"Lebih memburukkan keadaan, majikan masih tidak menjelaskan gaji kami selama dua bulan iaitu untuk Jun dan Julai," (suddenly tak boleh ingat berapa bulan gaji tertunggak...mungkin sebab banyak kot!! tu tak termasuk lagi tunggakan EPF) kata ketua kesatuan pekerjanya, Sharin Abdullah.
Tambahnya, sehingga kini majikan gagal menjelaskan tunggakan gaji yang dianggarkan berjumlah RM3 juta (ours lebih lagi kot!!) tersebut.
"Pihak kami sendiri kurang pasti kenapa gaji kami tidak dibayar sehingga sekarang.
"Malah, tiada penjelasan secara rasmi diberikan kenapa kami perlu mengambil cuti tanpa gaji.
"Perkara ini cukup mengecewakan kami, apatah lagi bulan puasa dan kemudian Hari Raya akan tiba.
"Jika kami mengambil cuti tanpa gaji, bagaimana kami hendak memperoleh wang untuk perbelanjaan sempena Aidilfitri tahun ini," katanya ketika ditemui wartawan.
Difahamkan, berikutan keadaan tersebut, beberapa pekerja syarikat berkenaan cukup tertekan berikutan ketiadaan wang.
Salah seorang pekerja yang telah berkhidmat selama 30 tahun di syarikat berkenaan, Zalizha Mohamed, 49, menyatakan rasa sedihnya berikutan bakal kehilangan mata pencarian.
"Sedih memikirkan keadaan ini. Kami cuba bertahan selama dua bulan walaupun tidak mendapat gaji dengan harapan majikan dapat membayar gaji kami.
"Malangnya peluang yang kami berikan seperti tidak dihargai malah kami pula yang diarahkan ambil cuti tanpa gaji.
"Di mana kami hendak mendapat wang terutamanya ketika menjelangnya hari raya nanti?" katanya.
Tambah Zalizha lagi, mereka kecewa dengan sikap majikan yang dilihat tidak telus terhadap pekerja.
"Sepatutnya sekiranya berlaku masalah dalaman seperti tidak boleh membayar gaji pekerja, majikan perlu memberitahu kami lebih awal bagi membolehkan kami membuat persediaan.
"Ini tidak, keadaan ini berlaku secara tiba-tiba (yup!! a couple of days after the announcement yang myself beria-ia kata pada Dato' tu..."macam nie jatuh terduduk lah saya", true enough.. Mie pun passed away), dan kami cukup panik bila memikirkan bakal tidak mempunyai pekerjaan," katanya lagi.
Berikutan dengan itu, satu piket yang mengumpulkan hampir 300 pekerja Paycomm (naper kita tak buat nie dulu ek? sebab kita takde persatuan pekerja mungkin?) diadakan di hadapan bangunan syarikat berkenaan bagi mendesak majikan membayar gaji mereka.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, Datuk Theng Book turut turun padang bagi membantu pekerja-pekerja malang tersebut untuk mendapatkan hak mereka.
"Saya mendapat aduan ini minggu lepas. Saya ingatkan majikan, bahawa mereka mempunyai masa seminggu untuk menyelesaikan masalah pekerja mereka terutamanya melibatkan tunggakan gaji.
"Jika tidak selesai, kami akan mengambil tindakan tegas termasuklah dari aspek undang-undang bagi memaksa majikan menunaikan tanggungjawabnya. (mungkin dah sampai masanye kot he gets what he deserves)
"Saya juga difahamkan pekerja cuba menghubungi majikan termasuklah mengatur beberapa perjumpaan untuk mendapatkan penjelasan serta menyelesaikan masalah, tetapi majikan tiada.
"Bukan sahaja telefon tidak berbalas, tetapi kelibat orang kuat (adakah KN termasuk dalam senarai ni?)syarikat berkenaan juga tidak kelihatan," katanya.
Utusan Malaysia turut ke pejabat Paycomm Network yang terletak di tingkat enam, Bangunan Menara Maxisegar, Pandan Indah, bagi mendapatkan ulasan daripada majikan mengenai hal tersebut.
Malangnya, setelah loceng ditekan tiada jawapan dan didapati pejabat berkenaan lengang seperti tiada pekerja.