Friday, October 31, 2008

terjumpa gambar ni di rumah Alor Setar. tak sempat nak scan, so pakai snap je ngan dgcam. kalau tak salah masa nie i was about 4 years old kot. cukup semua 9 adik beradik. masa nie tinggal kat umah gomen kat Federal Hill. my siblings had their share of ghosts encounters, sib baik i was too young to understand apa benda yang berlaku.
am uploading the rest of gambar2 masa raya yang dah lama dok dalam draft folder.


aisyah & syiqin having their fun with the cam lepas dah kenyang makan kat umah mak tam.

sambil dengar the elders dok bercerita, me & aisyah had fun ngan sunglass Nicole Richie

kesedapan hingga menjilat jari kuih makmur mak tam. very authentic, melts in the mouth. seriously, kalau tak fikirkan kat umah orang, dah abis satu bekas tu.


aisyah & hana kat tepi kolam ikan yang sesungguhnya mempunyai ikan-ikan yang lebih besar dari Hana. scary jugak kalau terjatuh dalam kolam tu. lagi-lagi kalau membayangkan african eel yang besar-besar...adus!!!

fav hang out kat umah mak tam, in the kitchen at the meja persidangan hitam. very the very authentic & glorious food betul-betul depan mata.


nielah keje anak cucu tok aji wan omar..patut p beraya tapi dok main cap-cali-cap plak. kepala dia Atif Ismail.hmm..abih berenjut satu rumah tok aji wan ismail.

nanti atok comel tanya plak mana gambar dia...



we went as early as 9 am to paksu's house in Jitra. semua kebulur pasal tak breakfast lagi. so we came, we conquered. hahaha...dengan sekelip mata je, semua kuih dalam balang clear, licin. sib baiklah umah pak sedara sendiri. mak su was very the efficient, dengan pantasnya meletak apa yang ada kat dapur on the meja, dan dengan pantasnya juga anak-anak sedara & cucu-cucu sedara tolong clearkan meja.
topeng. kadang-kadang kita memakai topeng untuk menyenangkan hati orang lain dan ada juga masanya kita memakai topeng kerana kita mahukan kelainan. adakala kita rimas dengan topeng itu dan adakalanya kita merasa terlalu selesa memakainya hingga kita lupa untuk menanggalkannya.
tapi buka dulu topengmu
buka dulu topengmu
biar kulihat warnamu
kan kulihat warnamu

Thursday, October 30, 2008

awak tak faham.saya lagi tak faham.
awak tanya kenapa.saya pun nak tau kenapa.
dia datang.saya tak jemput.
awak tanya kenapa tak tolak.dah tolak tapi dia degil.
awak sedih.saya lagi sedih.
awak nak nangis.saya pun.
awak rasa tak adil.saya pun.
awak nak pergi.jangan lupa saya ye.

Sunday, October 19, 2008

m uploading 1st series of the Raya celebration in Aloq Staq..basically nie pics that were taken at umah arwah Pak. ada byk lagi pics tapi LPF tak lepaskan..nie kira yang paling decent lah.

k'mah arrived later in the evening of 1st day..as usual my sisters akan buat huru-hara..sapa sangka pegawai-pegawai A & pendidik boleh buat keje macam nie..sambut k'mah with paluan helmet and God knows lagu apa ntah. i think the whole of Lorong Menteri 2 memang dah amik note dah biler raya ja..can expect kecoh yang teramat sangat.

anak-anak sedara yang membesar bagai Johan. on left Atif & Amir. the next thing tau, dah nak makan nasi minyak depa plak..aiyoo!!

ever sweet sista k'chah with syu & aisya. juz so happen tahun nie ramai plak yang pakai purple..konon nye nak pass QC cikgu wan for the coming kenduri in Disember.

dua aktiviti lazim antara the nieces & nephews.

tak leh nak lepaskan peluang amik gambar anak dara syu bertudung..hehehehe.

k'chik & a'chik who is so much more a brother than a bro-in-law.

anak2 teruna yang mengcontrol kemachoan & anak2 dara yang memang giler kamera...hahaha..i baru perasan dalam my koleksi teramatlah banyaknya gambar si aisya.

Thursday, October 9, 2008

antara nak marah dengan tidak. kalau dimarah, merajuk plak. kalau tak dimarah, makin menjadi. nak pendam dalam hati, biar memakan diri? kalau turutkan hati, mati. masuk dek akal?
ada orang yang membaca blog nie, membuat kesimpulan diri saya nie stress. stress? mana ada! saya ok..macam kata maria arshad dalam iklan petronas tu, mak ok. biaselah kalau kadang-kadang saya stress pasal kerenah anak-anak, kerenah orang sekeliling yang kadangkala tak sebulu. lumrah kehidupan kan. cuma mungkin stress level saya sedikit je lebihnya dari stress dia pasal stress dia stress single life. abih-abih pun stress pasal awek yang tak return call, stress baju tak berhantar ke dobi lagi, takde yang life threatening pun.
medication dah separuh kotak abih, tapi masih terasa lagi after effect nye. next appointment will be on 20-10-08. apakah citenye nanti plak, MRI or CT scan perhaps. hmm..tak sukalah. i remembered dlu masa buat MRI for my sakit belakang, i jerit suh pull me out as soon as i was halfway thru. uish! tak boleh nafas rasanye. apa omputih kata? claustrophobia. macam-macam ada kan..panic attack + claustrophobia = catastrophe!!
berjanji pada orang nak upload kan gambar masa raya tapi tak kesampaian lagi nak buat. entry nie pun dah berlapuk sebagai draft. banyak benda dah terjadi 2-3 minggu lepas, ada member yang menegur diri One nie seakan-akan hilang dari radar sekejap. senyap bukan beerti merajuk atau membawa diri, cuma kadang-kadang kepala nie terlalu buntu untuk memikirkan penyelesaian yang akan memuaskan hati semua pihak, even Ariel's sexy voice pun tak leh nak membantu. m trying my best to pick up everything back. so happen dalam kebuntuan nie jugaklah, One ditransfer department & dapat bos baru...hmm that's another story.
p/s: nak jugak..

Thursday, October 2, 2008



raya yang pada asalnya tak rasa seperti raya actually turned out great. walaupun tak semua siblings dapat berkumpul tapi kemeriahannya tetap terasa. sure missed CC and family this year. nie gambar2 siri 1..gambar2 lain akan diupload kemudian. kena melalui censorship board dlu, hehehe.