Tuesday, February 28, 2006

Papa, kebelakangan ini mama sering terjaga dari tidor dalam ketakutan. Kerap kali mama terjaga dengan perasaan yang susah untuk mama jelaskan. Bila dah terjaga, amat payah pulak untuk mama melelapkan mata ini. Apakah yang menyebabkan mama mengalami semua ini kembali? Mama letih papa. Letih dan sedih. Kejadian ini sedikit sebanyak mempengaruhi emosi mama. Emosi mama jadi tidak stabil. Mama kesian kan Firdaus, Faris, Farhana & Farhan. Akibat emosi yang tidak stabil ini, kadangkala mama menjadi seorang yang pemarah. Marah yang teramat sangat.

Papa pergi meninggalkan kami tanpa sebarang sebab yang nyata. Mama sering terfikirkan apakah yang akan terjadi kiranya mama mengalami nasib yang sama? Apakah akan terjadi pada anak-anak papa? Bolehkah mereka duduk mengelilingi mama sementara menunggu abah atau mak sampai ke rumah? Apakah Farhan akan terus memanjat mama seperti mana dia memanjat mama semasa mama tidor? Apa akan terjadi kiranya hanya mama & Farhan saja yang berada di rumah dan sesuatu berlaku? Siapa yang akan tahu dan bila? Sekiranya apa-apa berlaku di tengah malam, adakah mama sempat berbuat apa-apa?

Arrghh!! Pelbagai perasaan dan fikiran yang bermain di dalam kepala mama sekarang ini. Setiap kali mama mendengar suara orang bergaduh atau menjerit di kawasan rumah kita, mama sudah mula merasa takut. Papa sendiri tahu mama bagaimana. Dulu papa ada untuk mententeramkan mama. Sekarang mama harus tanganinya sendiri, yang mana mama tidak mampu. Kadang-kadang mama rasa macam nak tinggalkan rumah ni, tapi kemana pulak mama nak pergi?

Sungguh ku begini, ketandusan rindu ini, mengapa ku mencari, sang penghuni syurga jiwa, berdendang suara mengusap kalbu, ku lemas dalam terpesona. Kehadiranmu menerajang kekusutan, yang lama terdapat di sini. Bagai telah dijanji, termakbullah mimpi-mimpi, hujanku menteri, terciptalah sang pelangi. Irama lagu silam mewarnakan, idaman kalbu kesampaian, bulan memancar cahaya tanpa reda, ikatan percintaan kita. Kini tercapai sudah mahkota insani, takkan bermakna benih pastikan menjadi, kerana Yang Maha Kuasa lebih menyayangi. Dikau pergi tanpa pesan, tinggalkan ku dalam kepasrahan, cintaku yang suci bagai tidak kesampaian, terputus di tengah jalan, hanya airmata doa yang dapat kuiringkan bersama, kepada yang Esa ku pohonkan semoga tempatmu disisiNya. ~ CRK..Cinta & Airmata ~

Friday, February 3, 2006


Al-Fatihah buat arwah Abg Mie Parut yang genap setahun kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan sejahtera hendaknya. Amin..sila sebarkan msg ini..
K..019.. 01/02/2006 08:43

Clock is ticking it never stop but life must go on.. This morning I send that sms to all his friend..1 of his pal @thai club reply a sms that touch my hear.
K..019.. 01/02/2006 21:39

Dia cakap dia rindu nak lepak sentul mcm dulu2 tp xnak sbb sentul dah hilang seri coz arwah xde. Arwah the best leader ever had. The best friend he ever know. That true 4 me..Sentul missing the great gems. I lost my good bro that I ever need.
K..019.. 01/02/2006 21:50