Thursday, January 19, 2006

Mimpi permainan tidur? Hmm..

Baru semlm One bermimpi kan arwah.

Mimpi One bermula dengan pemergian Mie. Perasaan One masa tu seperti mana yang One alami pada bulan-bulan awal lepas pemergian Mie. Memang dah jelas dan nyata Mie sudah tiada di dunia ini.

One sedang menyiapkan sesuatu pada masa itu..apa yang One buat pun One tak pasti yg pastinya di depan One ada seseorang yang sedang membuat kerja juga. Tiba-tiba dia pusing, berhenti sekejap degupan jantung nie..rasanye macam nafas tersekat…Mie berdiri di depan One…betul-betul mengejutkan One. One meluru ke arah dia..One peluk dia. One dapat rasakan kehangatan tubuh Mie..One dapat bau rambut dia seperti mana semasa dia hidup. One dapat merasa dia berada di dalam dakapan One seperti selalu.

Kami berdua menangis kegembiraan. Seolah-olah sudah lama terpisah. Seolah-olah kematian yang baru berlaku hanyalah sekadar mainan tidor... Semenjak berjumpa, kami tidak berenggang…apa saja yang dilakukan..dilakukan bersama. Indah sungguh ….sayang..ini cumalah mimpi.

Setiap kali terjaga dari tidor setelah bermimpikan Mie..One pasti keliru, sedih, gembira, rindu, letih….kerana setiap sentuhan, setiap kata, setiap perasaan yang wujud di dalam mimpi itu, seperti betul-betul berlaku di alam nyata.

Sebelum ini One pernah bermimpikan Mie..di dalam mimpi itu, One telah ditinggalkan oleh Mie untuk bersama-sama seorang wanita lain yang mempunyai seorang anak...wajah mereka tidak jelas. Adakah mimpi ini sekadar mimpi atau cuba menyampaikan sesuatu? Yang pastinya sedih yang dirasa, hingga terbawa-bawa ke luar mimpi. One terjaga sambil menangis seolah-olah ianya benar-benar belaka.