Friday, December 16, 2005

Anak papa dah besar..dah jadi anak bujang. Firdaus bersunat hari Sabtu minggu lepas 10/12/05..sehari lepas hari lahir mama. Abang bersunat sekali ngan anak K'Zah..Umar Luqman (baju biru tu).
Hari tu dia happy je. Takde perasaan takut yang ditunjukkan pada semua. Gambar nie diambil sebelum perarakan. He was so brave. Mama pulak yang sedih dan takut.
Gambar ni masa dah selesai dan berehat kat rumah K'Zah di Cheras. Notice muka tak seceria sebelum ini. Firdaus happy dalam gundah kat rumah tu. At times, mama rasa dia mesti ingat kat papa. Yelah tengok si Umar dilayan ayah dia. Bila mama layan dia, ada je yang tak kena. Pegang sana, sakit...pegang sini, sakit. Kadang-kadang kecik jugak hati mama. Semua yang mama buat tak kena pada mata dia. Mama tak tahu apa yang tersurat dalam hati dia..tapi mama harap apa yang telah mama lakukan, sedikit sebanyak telah membantu dia melalui proses kedewasaan ini.

Tinggal lagi 2 anak bujang 2 go...

Tuesday, December 6, 2005



6 Dec 1989..the day i met him ..Mohd Azmey Ab Wahab at Rock & Roller Level U5, Semua House KL. A few days after SRP results came out n a few days before my birthday 9 Dec. There were a lot of things happening in my life back then, but meeting him was the greatest gift of all.


I can still remember the way I met him..he was skating round & round the ring..he stood out from the rest of the crowd n my eyes were stuck on him. The next thing I knew I was approached by his friends trying to get to know me. We got to talk but I still had my eyes on him. Finally got a chance to talk to him and had a great time laughing, he was a good company. It was not long before we finally had a chance to skate together. I was a not good skater..gave me a good reason to really hold on to his hands. Exchanged numbers but not with him..with the group of friends...boo hoo.

But eventually, he did call me. Well, i've told before how he got my number...there's no need to go there anymore. It's just the memories are still there like it happened yesterday.

Year 2004..15 years in memory.

* These images r from the cross-stich that i gave 2 him during my studies at Kuantan..

Saturday, December 3, 2005



I know this might sound kind of lame..but I was juz goin thru some of the letters that I sent to Mie when we were dating..and I found a letter that was written while I was studying in Kuantan..

Assalamualaikum..
Abang ape khabar? Ayang sinie alhamdulillah, masih sihat walafiat. Ayang harap ayang tak mengganggu abang dengan kehadiran kad ini.

Abang, ayang begitu merindui abang di kala kini. Ayang merindui gelak tawa abang, belaian mesra abang dan lebih-lebih lagi ayang merindui diri abang. Bilakah agaknya dendam rindu ini akan terlerai? Tak sabar rasenye ayang untuk berjumpa dengan abang. Abang telah memberi semangat kepada ayang kembali untuk ayang meneruskan pengajian ayang di daerah ini. Tanpa semangat dan dorongan abang, ayang tidak mungkin tahu hendak berbuat apa. Cita-cita ayang kini hanyalah untuk menamatkan pengajian ayang dan seterusnya untuk hidup bersama abang. Insya-Allah hasrat dan impian ayang nie akan tercapai, kan abang? Doakanlah untuk kebahagiaan kita bersama.

Abang, kerinduan itu satu penyeksaan kan abang? Ayang tidak tahu bagaimana harus ayang menanggungnya lagi. Kalau boleh buat masa kini, ayang tidak inginkan sebuah pertemuan kerana pertemuan itu hanya akan berakhir dengan perpisahan. Perpisahan yang amat perit. Ayang tidak tahu mengapa kini ayang begitu merindui diri abang. Ayang tidak pernah merasa begini. Kerinduan ayang kepada abang makin hari makin menebal.

Abang, walaupun sebenarnya jarak pemisah di antara kita bukanlah besar, tetapi ianya begitu besar bagi diri ayang. Kejauhan ini makin mendalamkan lagi perasaan cinta dan sayang kepada abang. Memang ayang tidak pernah mengatakan ayang cintakan abang pada masa dahulunya, tetapi kini lain abang, ayang bukan sahaja menyayangi abang malah menyintai abang jua..dan ayang takut akan kehilangan abang. Cinta dan kasih sayang ini hanyalah untuk abang seorang. Ayang harap abang tidak akan mepersia-siakan diri ayang ini. Seluruh jiwa dan raga ku hanyalah untukmu, sayang! Ayang senantiasa mengimpikan kebahagiaan kita dan ayang berharap abang pun begitu jua. Impikan sebuah kebahagiaan ynag berkekalan untuk selama-lamanya.

Hidup ayang ini tidak akan membawa sebarang makna sekiranya abang tiada. Abanglah penggerak ayang. Kasih sayang dari abang memberi ayang semangat untuk meneruskan kehidupan ini. Moga impian kita kan tercapai, abang. Satu saja pinta ayang kepada abang, berusahalah demi kebahagiaan bersama. Akhir kata, jagalah diri abang dan buat kesekian kalinya, ayang menyayangi dan menyintai diri abang. Fahamilah luahan hati ayang ini.

Salam Sayang Berpanjangan...Amal 13081994

My love for you lives....AZMAL.


Friday, December 2, 2005


Image hosted by Photobucket.com

Hari Raya is coming to an end tapi One baru nak upload gambar..hmm. Gambar nie diambil masa on 1st day of raya kat Putrajaya. One & family spent malam raya & 1st day kat sana. Tiap-tiap tahun, mesti ambil gambar family. This is the first raya without Mie in it. Nak get the children in mood, One decided to have orange as the theme. Meriah sekali.

Papa, tahun pertama beraya tanpa papa disisi. Memang berbeza sungguh rasanya. Mama rasa mama dah berjaya menggembirakan anak-anak. Firdaus agak sedih bila waktu bersalaman..mungkin dia pun teringat saat dia bersalam dengan papa. Kemudian, dia kembali ceria..boleh jadi sebab dikelilingi oleh sepupu-sepupunya. Faris & Farhana sibuk mengira duit raya. Farhan hanya mengikut, dia kan masih terlalu kecil untuk mengerti apa-apa. Mama sedih tapi perlu ceria demi untuk anak-anak.

Papa, mama tak berkesempatan untuk memohon maaf dari papa di atas segala kesalahan mama sepanjang bergelar isteri papa. Mama berharap papa pernah pada satu ketika hayat papa, memaafkan mama. Halalkan segala makan minum, wang ringgit yang dipakai. Mama harap papa telah menerima segala kekurangan mama dengan hati yang terbuka. Mama telah lama memaafkan diri papa. Walaupun mama selalu mengomel, itu hanyalah luahan rasa hati mama terhadap papa. Segala kekurangan papa telah mama terima dan mama bersyukur kerana telah diberi kesempatan untuk bergelar isteri kepada Mohd Azmey Ab Wahab. Hanya papa insan yang bertakhta di hati mama..dulu, kini dan selamanya. Moga papa aman di sana. Al-Fatihah.