Wednesday, August 24, 2005

..dia datang lg..

Dia datang lg. Sekejap aje waktu berlalu...rasa2 mcm baru semalam kita berjumpa.

Ramadhan, kedatangan dia memang ditunggu2 oleh semua. Well, including myself wpun things would not b the same.
Selalunye bulan Ramadhan nie, Mie akan tolong parents dia jual air soya. Well, it started out as dia punye business for the first year, i think that was back in 2001 kot. Lepas tu dia biar the parents take over, dia cuma tolong je.
Mcm biaselah, nak berniaga kena ada permit sementara. So i mentioned this to my mum-in-law. Balik dari keje mcm biasalah myself pergi rumah Mak. Mak cakap, Mak memang nak berniaga tapi Abah x nak pulak. I guess it is still hard 4 him. Mak x cakap reason Abah tapi i can guess. Selalunya Abah & Mie work hand-in-hand. Time set up tpt niaga, Abah yg buat. Yg tolong kaut air dr bekas besar tu, Mie. Abah dok sebelah tolong bungkus air. They will rotate then the jobs. Biler dah abis niaga, ramai2 set meja kat ctu untuk bukak puasa. Mie's fav will be nasi with limpa msk rendang, air milo ais, kuih akok/buah melaka. Lepas dah abis makan, Mie will kemas the meja & payung. Myself will balik dulu.
Abah, Wan faham kenapa Abah x sanggup lalui semua tu. Memang payah untuk Abah terima kenyataan bahawa Mie dah tiada. Wan tahu Abah masih tertanya-tanya hingga ke hari ini. Wan tahu masa mula-mula pemergian Mie, Abah banyak habiskan masa bersama-sama kawan Mie. Wan x berapa faham kenapa. Dari Mak, Wan tahu Abah selalu pulang lewat. Mak risaukan Abah.
Sepanjang perhubungan Wan & Mie, x pernah Wan tengok Abah menitiskan air mata. Semasa Mie accident, kepala berjahit, Abah tenang je menunggu Mie di hospital. Wan yang masih dalam proses mengenali diri Mie masa tu, menangis sampai bengkak2 mata..kalau diingatkan balik kelakar plak. Bapa kandung boleh rilek, gf plak yg lebih2.
Kat surau masa upacara mandi, kafan dan sebagainya, Abah masih rilek.
Seingat Wan, Abah hanya menitiskan air mata di rumah selepas selesai segala2nya. Mungkin Abah terpaksa bertahan agar kami sekeluarga tabah menghadapinya. Yelah Abah ketua keluarga, kalau kami lihat Abah lemah, kami lagilah.
Wan tahu Abah sangat sayangkan Mie. Abah mungkin jarang menunjukkan kasih sayang Abah tu, tapi Wan tahu Mie pun tahu. Abah & Mie ada 1 hubungan yg unik dan hanya Abah & Mie aje yg memahaminya. Kadang2 kami semua tertanya2 kenapa biler Abah marahkan Mie, Abah x pernah cakap terus ngan Mie. Tapi marah Abah tu sekejap je, kerana kalau berhadapan dengan Mie, marah Abah terus hilang.
Wan masih menghormati & akan tetap menghormati Abah hingga ke akhir hayat Wan. Hanya Abah lah, ABAH Wan.

Friday, August 19, 2005

"Boleh bagi saya tempoh lagi 1 bulan?"

Remember pasal report that i mentioned ari tu..hmm..secara kebetulan i asked for my brother-inlaw's help (he has a bro who's in the police force)..sarjan tu janji ngan the bro on Wed 18/8/05..(that was 2 weeks ago)..pastu called ari nie..guess apa jawapan dia?

"Boleh bagi saya tempoh lagi 1 bulan?"

Hellooooooooo!!!!!!!!!!!! Benda tu dah bertangguh selama 6-7 bulan yg lepas. Apa masalahnye?

Kalau it's somebody important..VIP ke VVIP ke.. dah tentu cepat.. silap2 within 24 hours..now i understand y a few of my frens complaining about them..biler dah terkena batang idung sendiri baru lah faham.

http://www.rmp.gov.my/rmp03/kmesra.htm

Dalam usaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat, pucuk pimpinan PDRM telah memperkenalkan pendekatan KHIDMAT MESRA (Friendly Policing). Ini selaras dengan matlamat Kementerian Dalam Negeri untuk menjadikannya sebagai Kementerian MESRA RAKYAT.

Secara ringkasnya, MESRA didefinisikan sebagai interaksi yang harmoni antara individu yang berteraskan keikhlasan dan kejujuran. Mesra itu sendiri membawa maksud bahawa segala pemikiran dan tindakan itu mempunyai nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Dalam konteks PDRM, ia merujuk kepada interaksi ahli pasukan dengan pelanggan iaitu orang ramai.

Mesra juga merupakan satu cara berfikir dan tindakan yang boleh diaplikasikan dalam semua situasi kehidupan seharian dan semasa menjalankan tugas.

Pembudayaan Khidmat Mesra akan mudah dapat dilihat dalam tiga situasi iaitu dalam hubungan polis dengan rakyat, polis sesama sendiri dan anggota polis dengan ahli keluarga masing-masing. Konsep KHIDMAT MESRA ini adalah berteraskan kepada visi pasukan iaitu meningkatkan profesionalisme pegawai dan anggota. Hubungan mesra akan menjalinkan suasana yang harmonis dan saling menghormati antara polis dan orang ramai.

Matlamat membudayakan konsep KHIDMAT MESRA adalah untuk :-
a) memupuk kesedaran di segenap lapisan pegawai dan anggota dalam PDRM bahawa kemesraan boleh membawa keharmonian dan kestabilan serta keyakinan rakyat kepada pasukan polis. Seterusnya dapat meningkatkan penyertaan dan kerjasama dua hala (polis dan orang ramai) dalam mengekalkan ketenteraman dan keselamatan negara.
b) rakyat melihat dan menilai pasukan polis sebagai satu badan penguatkuasa undang-undang yang adil, amanah dan bertimbang rasa. Setiap pegawai polis sebagai pelindung nyawa dan harta benda mereka.
c) mempereratkan hubungan setiakawan di kalangan rakan sejawat serta memupuk semangat kerja berpasukan.

Untuk merealisasikan pendekatan ini Ketua Polis Negara telah mengisytiharkan Moto Pasukan Polis yang baru iaitu MESRA, CEPAT DAN BETUL sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-192 pada 25 Mac 1999.
Yeah rite!!!!!!

Thursday, August 18, 2005

Renungan Antara Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-


1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Received an email from a good friend this morning. Thank you dear.

Monday, August 15, 2005

..i'm not that desperate..

Kadang2 tu heran lah ngan org sekeliling nie..juz bcoz u r single now..doesn't mean u r looking...susah sangat ke nak faham?

I encountered a few situations biler org tanya..so, x pk nak kawin lg ker? HELLLOOOOOO!!!! Masa tu baru 1 month Mie left me...mcmlah i nie desperate sgt nak kawin..mcm i x leh nak survive without a man in my life. I wonder, masa dia tanya soalan tu, dia terpk tak perasaan org yg ditanya macam mana. Hmm pelik sungguh org laki nie....No wonderlah ada kes kat dunia nie..biler wife meninggal..tanah merah lg..tapi dah ada pengganti.

Tu soalan yg i pernah dpt dr 1 of his frens..but to think org terdekat ngan i boleh hint2 that type of soalan, cukup menyedihkan. Statement org tu.."Firdaus/Faris nak papa baru ker?".."Hmm..nak ke orang ngan budak 4 org nie?"...geram sungguh dengar soalan2 mcm tu.
Yes i do feel lonely at times tp tu x bermaksud i'm searching at the mo. I don't know why ppl pk that i'm searching. I've got my kids, my family n my frens to keep me happy. And i don't think my love for Mie will ever be replaced. X taulah in the future, but at the mo..i juz want to cherish what i had with him n care 4 my children.
"..di dalam hati, sedih dan pilu..menyelimuti, tidak ingin ku bercinta lagi..aku cuba memahami apa yang telah terjadi..kini tinggal hanya memori.."

Friday, August 12, 2005

..sms dr madu..

Received from 016 at 23:55 : Asalammualaikumm...kak wan, sory cz sms kak wan time mcm gini...saye teringat kat arwah la...saya tengah duduk kat pasar kat table bulat yg selalu we borak2..that why la..now kat table ni still ada tiga kerusi but dua tak ada orang duduk, there only me, i and myself..

My reply at 06:21 : Ye dik, k1 faham. Sunyi je. Rasa mcm br semlm dia pergi. Bayangan dia selalu ekori k1. Mmg susah nak get over it. Berat mata memandang, berat lg bahu memikul. Anytime rasa nak ckp pasal dia, juz buzz me..x kisah bile pun. K1 faham..

Reply from 016 at 06:28 : Kak wan..dia tak ada segalanya dah tak same mcm dulu..mcm mane anak2 semua ok ke..? kak wan dah keje ke?

My reply at 06:39 : Mmg x same. K1 ilang separuh dr idup k1 biler dia xde. Yelah bkawan dr umur 15 kan. Anak2 ok alhamdulillah. Masih berckp pasal dia, cite apa yg dia org pernah buat ngan papa. Mmg sedih dgr tp k1 kena kuat utk them. K1 keje blk kat off lama tp x tentu ada gj lg pasal co tu xde projek. Msh mcari keje lain gak

Reply from 016 at 07:00 : Ok kak wan, mane bley lupe cz saye membesar dlm between of yr love rite

My reply at 07:22 : Hmm betul. Tau x apa yg k1 plg rindu? Saat bgaduh ngan dia. Pasal masa tulah rasa mcm dkt sgt ngan dia. Msg2 ego tp happy ending. Berbaik lepas gaduh adalah saat yg plg bahagia..hehehe mcm film hindustanlah plak. Over all, Mie adalah Mie..tiada yg sama, tiada pengganti..AlFatihah.

I dah biase terima this type of sms..this was one of the latest..i hv a lot of madu(s)..sharing their thoughts n feelings..sometimes lega gak biler berbalas2 sms ngan madu(s)..i used to be jealous of Mie's relationship with my madu(s)..i berebut attention ngan depa..that's y i kata biler bergaduh ngan Mie..it brings him closer to me.

Apa2 pun after he left, baru i tahu naper dia madukan i..n i berterima kasih pada madu(s) i yg selama ini menghulurkan bantuan biler diperlukan..hanya Allah dpt membalas jasa madu(s) i.

Wednesday, August 10, 2005

..from jln short cut..


Hana: Mama, naper mama x ikut jln short cut? Mama takut hantu ke?
Me: X lah, mama x takut hantu.
Hana: Papa x takut hantu pun. Papa selalu ikut situ.
Me: Mama takut org jahat.
Faris: Org jahat?
Me: Yelah org jahat. Kan kat situ gelap. Kalau org jahat tu tahan mama, sapa nak tolong mama? Papa kan dah xde. Kalau papa ada mesti dia tlg mama.
Faris: Ha ah lah Hana, kalau papa ada mesti dia belasah org jahat tu. Mama, papa kuat kan?
Me: Ye, papa kuat pasal papa laki.
Faris: Hana, papa kuat, kalau org pukul papa, xde apa2 pun. Papa ok je... Dulu org cucuk papa pun papa ok je.

Teringat conversation yg i had with them last nite. Masa tu i was driving home lepas amik depa kat umah babysitter. Selalu Mie akan balik ikut jln short cut kalau amik depa. Semalam Hana suh i ikut jalan tu. Hmm....gelap je jln tu. Kalau siang tu ok lg.

Talking about "dulu org cucuk papa pun papa ok je"...i think Faris was referring to this 1 incident biler Mie was stab at his rusuk. Dalam jugaklah luka dia..i think he had about 18-20 stitches..I guess dia tgk papa dia boleh rilex lg kuar p jalan sana sini..that's y papa dia kuat kot. In actual fact, sakit x terkata tp boring duk umah..sanggup kuar lepak kat kedai mamak ngan fwens.

Biler pk kan balik, dia pernah terlibat ngan 3 motor accidents sampai kepala dia berjahit 25 stitches (that's where dia dapat nama Mie Parut), luka sana sini, even got stabbed..tapi masih panjang umur. It's not that i berdoa dia x selamat. But i've always have this feeling that i'm gonna lose him pasal accident sama ada on the road ataupun masa dia buat outdoor activities coz he loves doing abseiling, camping & so on.

X sangka lah plak dia tinggalkan i masa tgh tdo (something that he loves 2 do)..truthfully, i terkilan gaks dgn cara dia pergi. Dia pergi sorang2, x sakit. I selalu terpk mcm manalah keadaan dia masa akhir hayat tu. Sempat tak dia mengucap.. I have a lot of questions in my head. Kalau tgk dari last tpt dia berada, ..i think he did not hv 2 struggle. Sebab masa i found him, dia dah jatuh tdo kat atas tpt lapik budak2 (mcm jigsaw puzzle besar tu)..n tpt lapik tu xde menunjukkan dia meronta2..everthing was intact. He was actually still dakaping his fav bantal. Itu sajelah yg boleh give me comfort.

I have a lot things going around my mind..tapi x tau nak ckp ngan sapa. Yeah ppl will say, sabarlah, be strong...bla bla bla bla...ppl see me laughing, joking sana sini...tp berat mata yg memandang, berat lg bahu yg memikul.

Monday, August 1, 2005

Midnite Tears

What an exhausting weekend. Faris mula kena sakit mata ari Sabtu. First sakit mata aje lepas tu demam. Susah betul nak kuarantinkan dia..with the bros n sis around. On Sunday, Firdaus, Hana & Han plak yg sakit mata. Well sakit mata boleh adjust lg. Then biler malam je, Farhana demam n her temperature tinggi. Very high that she started to shiver. She asked for a glass of water...biler dia bgn nak minum, badan dia shiver ngan kuat n she was crying really loud. Myself dah panicked pasal ingatkan she nak kena tarik..(org tua2 kata u can kena mcm tu biler badan panas sgt)

I grabbed the phone n wanted to dial Mie's number. That's what i usually do biler one of the children x leh tdo pasal demam or juz not feeling well. If he's at work or kat kedai mamak, he will surely balik to teman me comfort the kids. It took me a few minutes to realise that he's no longer around. No longer around to help me look after the kids tgh2 mlm. I'm on my own.

Hana cried & so did I...